Thursday, 14 July 2016

Ulasan PBBI :Sayap Kupu-Kupu karya Hifsa Ashraf

Sebuah cerpen yang bertajuk "Sayap Kupu-Kupu" merupakan hasil nukilan Hifsa Ashraf seorang pelajar jurusan bahasa Inggeris.Saya akan mengulas sedikit sebanyak mengenai cerpen yang digarap oleh beliau.

Dalam cerpen tersebut, Hifsa Ashraf menceritakan mengenai seorang pelajar miskin bernama Nazir tinggal di kawasan setinggan yang berhadapan  beberapa konflik dalam kehidupannya.Nazir lebih gemar menghabiskan masanya di sebuah taman yang indah dikelilingi oleh bunga-bunga dan ditemani oleh kupu-kupu yang berterbangan berbanding pulang ke rumah.Hal ini kerana apabila Nazir pulang ke rumah dia akan mendengar pertengkaran antara ibu bapanya mengenai wang. Taman itu menjadi teman Nazir untuk meluahkan rasa hati dan masalah yang dihadapinya. Ingin saja dia menangkap kupu-kupu dan membelai sayapnya yang berwarna warni.

Selain itu, kemuncak cerpen ini juga dipaparkan dengan baik iaitu apabila Nazir sedang tidur berlaku letupan bom yang menghancurkan keindahan taman itu.Nazir tersedar dari lena lalu berjalan menuju ke  taman tersebut dengan melalui debu dan asap.Kawasan itu diserang oleh pengganas yang berjaya menghancurkan keindahan taman itu.

Pengakhiran cerita cerpen ini berakhir dengan kesedihan apabila air mata Nazir mengalir melihat keindahan taman yang telah hilang ditemani oleh debu dan asap yang memenuhi setiap ruang taman itu.Nazir melihat sesuatu yang bergerak di rumput berwarna biru dan berkilat iaitu seekor kupu-kupu telah mati dan sayapnya tergantung di atas dahan bunga.Lalu di ambil diusap dan dibelai dengan penuh kasih sayang kerana akhirnya matlamat Nazir untuk memegang sayap kupu-kupu telah berjaya namun tidak memberikan kegembiraan terhadapnya.

Secara keseluruhannya, penceritaan cerpen yang ringkas serta memberi kesedaran kepada pembaca tentang kasih sayang yang perlu wujud antara setiap makhluk ciptaanya.Penulisan ini mungkin boleh diperbaiki lagi melalui susunan penceritaan yang lebih baik supaya akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam dalam hati pembaca.

Sekian,terima kasih.





Wednesday, 13 July 2016

Ulasan Karya : Menunggu Hari Raya oleh Hafizah Iszahanid

Sebuah cerpen hasil nukilan seorang penulis muda berasal dari Chemor, Perak bertajuk " Menunggu Hari Raya" bertarikh 12 September 2010 membuatkan saya tertarik untuk mengulas cerpen yang dihasilkan beliau kerana jalan cerita yang menarik serta mudah untuk difahami.

Dalam cerpen tersebut, Hafizah Iszahanid mengetengahkan tema mengenai pengorbanan.Hal ini jelas dilihat pada watak dua orang wanita iaitu watak yang dipegang oleh saya bertugas sebagai doktor di sebuah hospital dan tidak pulang ke kampung pada pagi raya kerana terdapat tugasan yang perlu diselesaikan.Watak seterusya ditampilkan menerusi watak Nadia seorang wanita Tionghua yang memeluk agama Islam demi berkahwin dengan seorang guru bernama Tajuddin.Konflik dipaparkan menerusi watak Nadia yang menghadapi masalah jantung (Peripartum Cardiomypathy).Penyakit ini mula dihidapi oleh Nadia ketika mengandung. Masalah ini menyebabkan kegagalan fungsi jantung dan otot tidak mampu mengecut secukupnya untuk mengepam darah ke organ dan Nadia terpaksa bergantung kepada jantung mekanikal yang hanya mampu bertahan selama dua tahun. Namun, berkat kesabaran, di pagi hari raya Nadia beroleh jantung baru daripada seseorang yang di sayanginya.

Berdasarkan cerpen tersebut, pengarang berjaya menarik minat pembaca untuk terus menghayati jalan cerita  tersebut. Selain itu,penggunaan olahan bahasa dan gaya bahasa yang digunakan amat mudah untuk difahami. Penggunaan  istilah saintifik dalam Sains  turut digunakan seperti perkataan (Peripartum Cardiomypathy) merujuk kepada sakit jantung.Tambahan juga, pengarang turut mengaitkan dengan terjemahan ayat Al-Quran daripada Surah Al-Baqarah ayat 178 ketika kepercayaan Nadia terhadap Islam mulai goyah mengenai pendermaan organ dalam Islam yang dianggap bahawa Islam menyekat pendermaan organ. Namun, Islam sebenarnya tidak melarang umatnya menderma organ kerana Islam merupakan agama yang cukup universal dan sempurna.

Seterusnya, pengarang berjaya memancing emosi pembaca ketika watak sebagai Nadia diuji ketika Nadia mula meragui kesetiaan Tajuddin terhadapnya.Namun, hakikatnya Tajuddin telah terlantar sakit akibat kemalangan semasa dalam perjalanan untuk melawat Nadia.Saya turut merasai keperitan dan kesakitan yang ditanggung  Nadia.Sokongan yang baik diberikan oleh watak doktor yang amat memahami masalah yang ditanggung oleh pesakitnya dan berusaha untuk menenangkan hati pesakit
dengan memberi kata-kata semangat dan nasihat supaya Nadia tidak mudah berputus asa.

Pengakhiran cerita yang menggembirakan kerana pada pagi raya, Nadia telah mendapat pengganti jantung lamanya.Namun begitu, hadiah terindah yang diterima oleh Nadia itu datangnya dari seseorang lelaki yang amat dicintainya.

Secara keseluruhannya, hasil karya Hafizah Iszahanid ini merupakan sebuah cerpen yang menarik kerana mengandungi pengajaran dan nilai-nilai murni yang baik akan dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian.Setiap ujian yang diberikan oleh Allah terhadap kita sebenarnya mengandungi hikmah disebaliknya kerana sesungguhya Allah tidak akan menguji seseorang itu jika dia tidak mampu untuk menghadapinya.

Sekian, terima kasih.

Friday, 24 June 2016

Kematian Yang Pasti Datang



Tika saat kematian itu datang menjemputmu,
Hanya amalan yang mengiringi pemergian,
Mati itu sesuatu yang pasti akan datang,
Tanpa memberi apa-apa syarat,
Sama ada tua atau muda,
Kita semua pasti merasainya,
Kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati....


Friday, 17 June 2016

Kata Maaf

Maaf bukan sekadar sebuah kata yang terlafaz di bibir,
Maaf bukan sebuah kata yang mudah untuk diucapkan,
Maaf bukan  kata untuk menyesali kesalahan,
Maaf bukan menandakan seseorang kalah,
Sesungguhnya kata maaf itu menjadikan seseorang mulia.



Memaafkan kesalahan orang lain akan menjadikan jiwa lebih tenang.

Sunday, 12 June 2016

Seindah Sabar

Saat kita diuji dengan sesuatu dugaan,
Ketika kita tidak mampu berbuat apa-apa,
Hanya kepada Allah kita berserah,
Bersabar dengan setiap ujian yang Allah datangkan,
Kerana bersama ujian dan kesusahan,
Ada hikmah yang tersirat disebaliknya,
Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar....



Friday, 10 June 2016

Sahabat Selamanya


Sahabat sejati,
Sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang,
Jika kita berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi,
maka akan berbau harumlah kita,
Jika kita berkawan dengan tukang besi,
maka akan terkena lah percikkan api,
Sahabat kita mencerminkan siapa diri kita,
Oleh itu, haruslah bijak dalam memilih sahabat.
Wallahualam.....


Monday, 6 June 2016

Nujum Pak Belalang

Berjumpa lagi kita dalam ruangan ini. Saya ingin berkongsi sedikit mengenai filem " Nujum Pak Belalang" yang baru saya tonton sebentar tadi. Filem yang diarahkan oleh Tan Sri P Ramlee ini walau ditonton berkali-kali pun tidak akan bosan dan akan sentiasa menjadi tontonan masyarakat seperti kata pepatah " tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ". Filem ini pastinya membuatkan kita seisi keluarga ketawa tak kering gusi melihat setiap babak yang dipaparkan. Selain mesej yang disampaikan mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan kita.






Sunday, 5 June 2016

Pagi yang Indah




Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Semoga dipermudahkan segala urusan kita pada hari ini dan sentiasalah berbuat perkara yang baik serta berfikiran positif. Maka akan tenanglah hati-hati yang berbuat kebaikan.:)





Sang Suria mula memancarkan sinarnya. Ketika melihat pemandangan pagi ini, kelihatan sungguh indah dan damai sekali….ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Semoga ibadah puasa pertama kita pada hari ini memberi seribu makna pada Ramadhan kali ini.







Saturday, 4 June 2016

Ramadhan Al Mubarak






Ramadhan kedatanganmu dinanti,
Semoga kedatanganmu pada kali ini memberi seribu rahmat,
Tinggal sehari sahaja semua umat islam akan menyambut bulan mulia ini,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadah di bulan mulia.
Semoga setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas akan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T


Destinasi

Hidup ini  diibaratkan seperti sebuah perjalanan…
Hanya kita yang mampu menentukan arah tuju kita….
Tak semestinya jalan yang baik itu selalunya senang dan tiada halangannya…
Dan tidak semestinya jalan yang mudah itu akan membawa kita ke jalan yg benar…
Selagi kita masih belum sampai ke destinasinya kita boleh mengubah arah perjalanan kita…
Kembalilah ke pangkal jalan jika kita sudah jauh tersasar sebelum kita terlambat….
Jika kita sudah berada di jalan yang benar teruskanlah perjalanan tersebut dan jangan biarkan ia tersasar…
Jika jalan itu terlalu gelap gunakanlah iman yang ada untuk menerangi jalan tersebut…
Jika kita sudah tersesat gunakanlah ilmu yang ada untuk kembali ke jalan yg benar….
Berusahalah untuk sampai ke destinasi yang benar…
Agar kita dapat hidup dalam kebahagian di penghujungnya….
RENUNGKANLAH….



Friday, 3 June 2016

Wajah Tua Itu


" Di sebalik wajah tua itu,aku melihat ada garisan kedutan yang membaluti tubuh tua ini. Di sebalik mata jernih itu tersimpan sebuah kedukaan sambil merenung jauh meniti usia senja. Kudratnya tidak sebegitu kuat lagi seperti ketika remaja dulu. Hanya kepada yang Esa berharap agar sebuah pengakhiran kehidupan yang abadi. "

Thursday, 2 June 2016

Laut Nan Biru

Laut adalah kumpulan air masin yang sangat banyak dan luas di permukaan bumi yang memisahkan atau menghubungkan suatu benua dengan benua lainnya dan suatu pulau dengan pulau lainnya. Air laut merupakan campuran dari 96.5% air murni dan 3.5% material lainnya seperti garam,gas-gas larut, bahan-bahan organik dan partikel-partikel tak larut.



Laut luas berbumbungkan langit biru.

Keindahan ciptaan Allah ini menjadikan kita mensyukuri dan berfikir mengenai segala ciptaannya. Laut biru luas terbentang, deruan ombak memukul gegendang telinga, di samping melihat burung berterbangan kala senja menjadikan suasana tenang dan mendamaikan. Sungguh indah ciptaanmu Ya rabb..


Pemandangan laut pada waktu senja

Wednesday, 1 June 2016

Kehidupan Seorang Nelayan


Pada  kali ini, saya berkesempatan meninjau kehidupan nelayan di jeti Bagan Lalang, Sepang.
Kehidupan seorang nelayan yang bergantung harapan hanya kepada hasil tangkapan laut. Demi mencari sesuap nasi, mereka sanggup meneroka lautan luas. Walaupun hujan badai mereka tempuhi memandangkan mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga.




Kelihatan dari jauh jeti nelayan yang terletak di Bagan Lalang, Sepang.




Encik Sani seorang nelayan menunjukkan hasil tangkapan ikan yang diperoleh.



Menyelusuri Sungai Pelek melihat keindahan ciptaan Ilahi


Semoga dengan sedikit perkongsian saya ini, memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang sudi menjengah blog ini.

Monday, 30 May 2016

Maafkan Saya Cikgu

Assalamualaikum..

Sudah agak lama saya tidak menaip diruangan ini. Hari  ini saya ingin berkongsi tentang sebuah Cerekarama yang bertajuk " Maafkan Saya Cikgu ".

Pertama kali saya melihat cerita ini saya sudah mula tertarik kerana mengandungi nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan. 

Mengisahkan mengenai dua orang anak yatim iaitu  Yun dan Zali yang kematian ayah akibat kebakaran dan tinggal bersama-sama ibu mereka dalam keadaan miskin. Zali  seorang murid yang nakal mengakibatkan dia sering di rotan akibat lambat ke sekolah kerana membantu ibunya menjual nasi lemak di pekan.Segala kesulitan terpaksa dilalui oleh keluarga ini. Sebuah kisah yang mempunyai jalan cerita yang ringkas namun berjaya menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya



Pada pandangan saya, sebagai seorang guru perlu lebih mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh murid dan tidak sewajarnya mengenakan sesuatu hukuman ke atas anak murid tanpa menyelidiki terlebih dahulu.Walau bagaimanapun, sebuah kisah yang memberi kesedaran kepada diri saya bahawa tugas seorang guru bukan hanya mendidik tetapi mendekati  dan menyelami kehidupan mereka.

Sekian,tinta daripada saya.






Wednesday, 18 May 2016

Luahan Hati Seorang Insan Bernama Guru.


Seorang Guru tidak hanya mendidik seorang murid untuk berjaya,
Seorang Guru tidak pernah meminta untuk dibalas segala bakti yang dicurahkan,
Seorang Guru tidak pernah mengeluh dengan segala tugasan yang diberikan,
Seorang Guru tidak pernah merasa dirinya hebat
Tetapi
Hancur hati seorang Guru apabila dikatakan seperti badut apabila cuba menghiburkan anak muridnya,
Guru diherdik,dimaki dan dicaci hanya kerana aktiviti hari guru yang diraikan kelihatan seperti badut,
Sedarlah wahai golongan intelektual jika bukan kerana seorang Guru,
tidak akan lahirlah seorang doktor, juruterbang,pensyarah dan sebagainya.



Sekadar luahkan rasa dari saya seorang guru biasa.

Monday, 16 May 2016

Selamat Hari Guru 2016



"Guru ibarat lilin membakar diri menerangi insan lain"
 Usah gentar menghadapi realiti hari ini,
 Kerana setiap pengorbanan yang dilakukan,
 Mendapat ganjaran di akhirat nanti.

Semoga ALLAH sentiasa merahmatimu...