Sebuah cerpen hasil nukilan seorang penulis muda berasal dari Chemor, Perak bertajuk " Menunggu Hari Raya" bertarikh 12 September 2010 membuatkan saya tertarik untuk mengulas cerpen yang dihasilkan beliau kerana jalan cerita yang menarik serta mudah untuk difahami.
Dalam cerpen tersebut, Hafizah Iszahanid mengetengahkan tema mengenai pengorbanan.Hal ini jelas dilihat pada watak dua orang wanita iaitu watak yang dipegang oleh saya bertugas sebagai doktor di sebuah hospital dan tidak pulang ke kampung pada pagi raya kerana terdapat tugasan yang perlu diselesaikan.Watak seterusya ditampilkan menerusi watak Nadia seorang wanita Tionghua yang memeluk agama Islam demi berkahwin dengan seorang guru bernama Tajuddin.Konflik dipaparkan menerusi watak Nadia yang menghadapi masalah jantung (Peripartum Cardiomypathy).Penyakit ini mula dihidapi oleh Nadia ketika mengandung. Masalah ini menyebabkan kegagalan fungsi jantung dan otot tidak mampu mengecut secukupnya untuk mengepam darah ke organ dan Nadia terpaksa bergantung kepada jantung mekanikal yang hanya mampu bertahan selama dua tahun. Namun, berkat kesabaran, di pagi hari raya Nadia beroleh jantung baru daripada seseorang yang di sayanginya.
Berdasarkan cerpen tersebut, pengarang berjaya menarik minat pembaca untuk terus menghayati jalan cerita tersebut. Selain itu,penggunaan olahan bahasa dan gaya bahasa yang digunakan amat mudah untuk difahami. Penggunaan istilah saintifik dalam Sains turut digunakan seperti perkataan (Peripartum Cardiomypathy) merujuk kepada sakit jantung.Tambahan juga, pengarang turut mengaitkan dengan terjemahan ayat Al-Quran daripada Surah Al-Baqarah ayat 178 ketika kepercayaan Nadia terhadap Islam mulai goyah mengenai pendermaan organ dalam Islam yang dianggap bahawa Islam menyekat pendermaan organ. Namun, Islam sebenarnya tidak melarang umatnya menderma organ kerana Islam merupakan agama yang cukup universal dan sempurna.
Seterusnya, pengarang berjaya memancing emosi pembaca ketika watak sebagai Nadia diuji ketika Nadia mula meragui kesetiaan Tajuddin terhadapnya.Namun, hakikatnya Tajuddin telah terlantar sakit akibat kemalangan semasa dalam perjalanan untuk melawat Nadia.Saya turut merasai keperitan dan kesakitan yang ditanggung Nadia.Sokongan yang baik diberikan oleh watak doktor yang amat memahami masalah yang ditanggung oleh pesakitnya dan berusaha untuk menenangkan hati pesakit
dengan memberi kata-kata semangat dan nasihat supaya Nadia tidak mudah berputus asa.
Pengakhiran cerita yang menggembirakan kerana pada pagi raya, Nadia telah mendapat pengganti jantung lamanya.Namun begitu, hadiah terindah yang diterima oleh Nadia itu datangnya dari seseorang lelaki yang amat dicintainya.
Secara keseluruhannya, hasil karya Hafizah Iszahanid ini merupakan sebuah cerpen yang menarik kerana mengandungi pengajaran dan nilai-nilai murni yang baik akan dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian.Setiap ujian yang diberikan oleh Allah terhadap kita sebenarnya mengandungi hikmah disebaliknya kerana sesungguhya Allah tidak akan menguji seseorang itu jika dia tidak mampu untuk menghadapinya.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment