Assalamualaikum..
Sudah agak lama saya tidak menaip diruangan ini. Hari ini saya ingin berkongsi tentang sebuah Cerekarama yang bertajuk " Maafkan Saya Cikgu ".
Pertama kali saya melihat cerita ini saya sudah mula tertarik kerana mengandungi nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan.
Mengisahkan mengenai dua orang anak yatim iaitu Yun dan Zali yang kematian ayah akibat kebakaran dan tinggal bersama-sama ibu mereka dalam keadaan miskin. Zali seorang murid yang nakal mengakibatkan dia sering di rotan akibat lambat ke sekolah kerana membantu ibunya menjual nasi lemak di pekan.Segala kesulitan terpaksa dilalui oleh keluarga ini. Sebuah kisah yang mempunyai jalan cerita yang ringkas namun berjaya menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya
Pada pandangan saya, sebagai seorang guru perlu lebih mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh murid dan tidak sewajarnya mengenakan sesuatu hukuman ke atas anak murid tanpa menyelidiki terlebih dahulu.Walau bagaimanapun, sebuah kisah yang memberi kesedaran kepada diri saya bahawa tugas seorang guru bukan hanya mendidik tetapi mendekati dan menyelami kehidupan mereka.
Sekian,tinta daripada saya.
No comments:
Post a Comment