Thursday, 14 July 2016

Ulasan PBBI :Sayap Kupu-Kupu karya Hifsa Ashraf

Sebuah cerpen yang bertajuk "Sayap Kupu-Kupu" merupakan hasil nukilan Hifsa Ashraf seorang pelajar jurusan bahasa Inggeris.Saya akan mengulas sedikit sebanyak mengenai cerpen yang digarap oleh beliau.

Dalam cerpen tersebut, Hifsa Ashraf menceritakan mengenai seorang pelajar miskin bernama Nazir tinggal di kawasan setinggan yang berhadapan  beberapa konflik dalam kehidupannya.Nazir lebih gemar menghabiskan masanya di sebuah taman yang indah dikelilingi oleh bunga-bunga dan ditemani oleh kupu-kupu yang berterbangan berbanding pulang ke rumah.Hal ini kerana apabila Nazir pulang ke rumah dia akan mendengar pertengkaran antara ibu bapanya mengenai wang. Taman itu menjadi teman Nazir untuk meluahkan rasa hati dan masalah yang dihadapinya. Ingin saja dia menangkap kupu-kupu dan membelai sayapnya yang berwarna warni.

Selain itu, kemuncak cerpen ini juga dipaparkan dengan baik iaitu apabila Nazir sedang tidur berlaku letupan bom yang menghancurkan keindahan taman itu.Nazir tersedar dari lena lalu berjalan menuju ke  taman tersebut dengan melalui debu dan asap.Kawasan itu diserang oleh pengganas yang berjaya menghancurkan keindahan taman itu.

Pengakhiran cerita cerpen ini berakhir dengan kesedihan apabila air mata Nazir mengalir melihat keindahan taman yang telah hilang ditemani oleh debu dan asap yang memenuhi setiap ruang taman itu.Nazir melihat sesuatu yang bergerak di rumput berwarna biru dan berkilat iaitu seekor kupu-kupu telah mati dan sayapnya tergantung di atas dahan bunga.Lalu di ambil diusap dan dibelai dengan penuh kasih sayang kerana akhirnya matlamat Nazir untuk memegang sayap kupu-kupu telah berjaya namun tidak memberikan kegembiraan terhadapnya.

Secara keseluruhannya, penceritaan cerpen yang ringkas serta memberi kesedaran kepada pembaca tentang kasih sayang yang perlu wujud antara setiap makhluk ciptaanya.Penulisan ini mungkin boleh diperbaiki lagi melalui susunan penceritaan yang lebih baik supaya akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam dalam hati pembaca.

Sekian,terima kasih.





Wednesday, 13 July 2016

Ulasan Karya : Menunggu Hari Raya oleh Hafizah Iszahanid

Sebuah cerpen hasil nukilan seorang penulis muda berasal dari Chemor, Perak bertajuk " Menunggu Hari Raya" bertarikh 12 September 2010 membuatkan saya tertarik untuk mengulas cerpen yang dihasilkan beliau kerana jalan cerita yang menarik serta mudah untuk difahami.

Dalam cerpen tersebut, Hafizah Iszahanid mengetengahkan tema mengenai pengorbanan.Hal ini jelas dilihat pada watak dua orang wanita iaitu watak yang dipegang oleh saya bertugas sebagai doktor di sebuah hospital dan tidak pulang ke kampung pada pagi raya kerana terdapat tugasan yang perlu diselesaikan.Watak seterusya ditampilkan menerusi watak Nadia seorang wanita Tionghua yang memeluk agama Islam demi berkahwin dengan seorang guru bernama Tajuddin.Konflik dipaparkan menerusi watak Nadia yang menghadapi masalah jantung (Peripartum Cardiomypathy).Penyakit ini mula dihidapi oleh Nadia ketika mengandung. Masalah ini menyebabkan kegagalan fungsi jantung dan otot tidak mampu mengecut secukupnya untuk mengepam darah ke organ dan Nadia terpaksa bergantung kepada jantung mekanikal yang hanya mampu bertahan selama dua tahun. Namun, berkat kesabaran, di pagi hari raya Nadia beroleh jantung baru daripada seseorang yang di sayanginya.

Berdasarkan cerpen tersebut, pengarang berjaya menarik minat pembaca untuk terus menghayati jalan cerita  tersebut. Selain itu,penggunaan olahan bahasa dan gaya bahasa yang digunakan amat mudah untuk difahami. Penggunaan  istilah saintifik dalam Sains  turut digunakan seperti perkataan (Peripartum Cardiomypathy) merujuk kepada sakit jantung.Tambahan juga, pengarang turut mengaitkan dengan terjemahan ayat Al-Quran daripada Surah Al-Baqarah ayat 178 ketika kepercayaan Nadia terhadap Islam mulai goyah mengenai pendermaan organ dalam Islam yang dianggap bahawa Islam menyekat pendermaan organ. Namun, Islam sebenarnya tidak melarang umatnya menderma organ kerana Islam merupakan agama yang cukup universal dan sempurna.

Seterusnya, pengarang berjaya memancing emosi pembaca ketika watak sebagai Nadia diuji ketika Nadia mula meragui kesetiaan Tajuddin terhadapnya.Namun, hakikatnya Tajuddin telah terlantar sakit akibat kemalangan semasa dalam perjalanan untuk melawat Nadia.Saya turut merasai keperitan dan kesakitan yang ditanggung  Nadia.Sokongan yang baik diberikan oleh watak doktor yang amat memahami masalah yang ditanggung oleh pesakitnya dan berusaha untuk menenangkan hati pesakit
dengan memberi kata-kata semangat dan nasihat supaya Nadia tidak mudah berputus asa.

Pengakhiran cerita yang menggembirakan kerana pada pagi raya, Nadia telah mendapat pengganti jantung lamanya.Namun begitu, hadiah terindah yang diterima oleh Nadia itu datangnya dari seseorang lelaki yang amat dicintainya.

Secara keseluruhannya, hasil karya Hafizah Iszahanid ini merupakan sebuah cerpen yang menarik kerana mengandungi pengajaran dan nilai-nilai murni yang baik akan dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian.Setiap ujian yang diberikan oleh Allah terhadap kita sebenarnya mengandungi hikmah disebaliknya kerana sesungguhya Allah tidak akan menguji seseorang itu jika dia tidak mampu untuk menghadapinya.

Sekian, terima kasih.