Monday, 30 May 2016

Maafkan Saya Cikgu

Assalamualaikum..

Sudah agak lama saya tidak menaip diruangan ini. Hari  ini saya ingin berkongsi tentang sebuah Cerekarama yang bertajuk " Maafkan Saya Cikgu ".

Pertama kali saya melihat cerita ini saya sudah mula tertarik kerana mengandungi nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan. 

Mengisahkan mengenai dua orang anak yatim iaitu  Yun dan Zali yang kematian ayah akibat kebakaran dan tinggal bersama-sama ibu mereka dalam keadaan miskin. Zali  seorang murid yang nakal mengakibatkan dia sering di rotan akibat lambat ke sekolah kerana membantu ibunya menjual nasi lemak di pekan.Segala kesulitan terpaksa dilalui oleh keluarga ini. Sebuah kisah yang mempunyai jalan cerita yang ringkas namun berjaya menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya



Pada pandangan saya, sebagai seorang guru perlu lebih mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh murid dan tidak sewajarnya mengenakan sesuatu hukuman ke atas anak murid tanpa menyelidiki terlebih dahulu.Walau bagaimanapun, sebuah kisah yang memberi kesedaran kepada diri saya bahawa tugas seorang guru bukan hanya mendidik tetapi mendekati  dan menyelami kehidupan mereka.

Sekian,tinta daripada saya.






Wednesday, 18 May 2016

Luahan Hati Seorang Insan Bernama Guru.


Seorang Guru tidak hanya mendidik seorang murid untuk berjaya,
Seorang Guru tidak pernah meminta untuk dibalas segala bakti yang dicurahkan,
Seorang Guru tidak pernah mengeluh dengan segala tugasan yang diberikan,
Seorang Guru tidak pernah merasa dirinya hebat
Tetapi
Hancur hati seorang Guru apabila dikatakan seperti badut apabila cuba menghiburkan anak muridnya,
Guru diherdik,dimaki dan dicaci hanya kerana aktiviti hari guru yang diraikan kelihatan seperti badut,
Sedarlah wahai golongan intelektual jika bukan kerana seorang Guru,
tidak akan lahirlah seorang doktor, juruterbang,pensyarah dan sebagainya.



Sekadar luahkan rasa dari saya seorang guru biasa.

Monday, 16 May 2016

Selamat Hari Guru 2016



"Guru ibarat lilin membakar diri menerangi insan lain"
 Usah gentar menghadapi realiti hari ini,
 Kerana setiap pengorbanan yang dilakukan,
 Mendapat ganjaran di akhirat nanti.

Semoga ALLAH sentiasa merahmatimu...