Sebuah cerpen yang bertajuk "Sayap Kupu-Kupu" merupakan hasil nukilan Hifsa Ashraf seorang pelajar jurusan bahasa Inggeris.Saya akan mengulas sedikit sebanyak mengenai cerpen yang digarap oleh beliau.
Dalam cerpen tersebut, Hifsa Ashraf menceritakan mengenai seorang pelajar miskin bernama Nazir tinggal di kawasan setinggan yang berhadapan beberapa konflik dalam kehidupannya.Nazir lebih gemar menghabiskan masanya di sebuah taman yang indah dikelilingi oleh bunga-bunga dan ditemani oleh kupu-kupu yang berterbangan berbanding pulang ke rumah.Hal ini kerana apabila Nazir pulang ke rumah dia akan mendengar pertengkaran antara ibu bapanya mengenai wang. Taman itu menjadi teman Nazir untuk meluahkan rasa hati dan masalah yang dihadapinya. Ingin saja dia menangkap kupu-kupu dan membelai sayapnya yang berwarna warni.
Selain itu, kemuncak cerpen ini juga dipaparkan dengan baik iaitu apabila Nazir sedang tidur berlaku letupan bom yang menghancurkan keindahan taman itu.Nazir tersedar dari lena lalu berjalan menuju ke taman tersebut dengan melalui debu dan asap.Kawasan itu diserang oleh pengganas yang berjaya menghancurkan keindahan taman itu.
Pengakhiran cerita cerpen ini berakhir dengan kesedihan apabila air mata Nazir mengalir melihat keindahan taman yang telah hilang ditemani oleh debu dan asap yang memenuhi setiap ruang taman itu.Nazir melihat sesuatu yang bergerak di rumput berwarna biru dan berkilat iaitu seekor kupu-kupu telah mati dan sayapnya tergantung di atas dahan bunga.Lalu di ambil diusap dan dibelai dengan penuh kasih sayang kerana akhirnya matlamat Nazir untuk memegang sayap kupu-kupu telah berjaya namun tidak memberikan kegembiraan terhadapnya.
Secara keseluruhannya, penceritaan cerpen yang ringkas serta memberi kesedaran kepada pembaca tentang kasih sayang yang perlu wujud antara setiap makhluk ciptaanya.Penulisan ini mungkin boleh diperbaiki lagi melalui susunan penceritaan yang lebih baik supaya akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam dalam hati pembaca.
Sekian,terima kasih.